Tuesday, June 9, 2009

Knp lama xupdate? haaaa ni dia update kerja baruku..

Isnin, 1 Jun - Bermulanya hari pekerjaan sebenar bagiku.. Pada mulanya aku agak kaku kerana pekerjaan yang ditawarkan memang sesuai utk aku, tapi akulah seorang anak melayu bekerja dibawah naungan bangsa lain.. walaupun sblm ini aku kerja di Easy Pack, tp disana ada seorg melayu.. Walau macammnapun, aku sudah mendapat kerja yang sesuai bg diriku..

Setelah sekian lama aku menunggu panggilan interview dari semua syarikat yg aku minta.. Bermulanya dengan

Adecco-Asia (berhampiran Jusco Queensbay Penang) - Graphic Artist (PGGL) -, sebuah agen pencari kerja, pada mulanya aku xtahu, punya la smart pakai kemeja apa semua, tgk2 cuma agen pencari keja..ceh... kemudian di panggil pula oleh;

Skill Corner (M) Sdn Bhd (Bukit Tengah) - Designer - mereka ingin mencari pekerja yg mahir menggunakan 3DMax, apa lg, bos tu tunjuk semua hasil kerja dia buat sendiri, dia mengharap aku bleh buat mcm dia, mmg lari dr bidang aku... tiada juga jawapan...kemudian aku dipanggil interview dr

Nippon Lift Industries Sdn. Bhd. Bukit Minyak, Penang - Graphic / Content Designer - Haa ini aku diinterview oleh adik bos besar, Joe Chin, punya la lama dekat 2jam interview, dia bg ujian, test kecepatan masa yg diambil utk edit image.. Mmg kerja aku, kejap je la aku dpt buat.... Syarikat ini menghasilkan homelift, lift supermarket,hehehe, escalator dan elevator, aku rs mmg best, lg pun semua pekerja kt sini baik2 belaka. Dah la tu...Ada lg, aku dipanggil interview dr

Schawk Imaging Sdn Bhd (dibwh agen Adecco-Asia) Bukit Minyak, Penang - Mereka mencari pekerja yg bukan dlm design, tp ttp title dlm graphic artist, bidang (Production & Quality Control Department),cara kerja itu seperti meletakkan design sedia ada dlm layout yg telah disediakan dgn ukuran utk packaging. Lagipun interviewer ada ckp awal2, yg kerja ini xleh wat design lgsung. Nampak senang tp perlu ada kemahiran tertentu kerana mereka menawarkan gaji yg lumayan mengikut level yg kita dapat selesaikan.. Haaa, bukan itu saja aku dipanggil, ada lg, bnyk yg di KL, Shah Alam cthnya

Aspati , dan beberapa lagi syarikat bumiputra yg lain aku minta.. dan xlupa juga syarikat mendesign baju yg di recommendkn oleh Nazrul sendiri..hehehe.

Jam pun dah kul 11.30pm ni, sblm aku menaip dgn lebih merapu, setakat ini saja la.. update terbaru.. nnti akan kuusahakan lagi update akan datang...Selamat malam Malaysia

No comments: